SOALAN : Saya disahkan kanser payudara. Antara simptom awal lenguh dan sakit bahu. Mohon pencerahan daripada Dr. Terima kasih.

Saya doakan kanser payudara puan pada tahap yang awal dan rawatan untuk kanser payudara telah dijalankan. 

Perkara yang kita bimbangkan sekarang adalah merebaknya sel kanser payudara ke bahagian bahu. Jika itu bukan kesnya, kemungkinan besar puan mengalami fasa awal bahu beku dan kekangan bahu.

Bahu beku adalah kondisi dimana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. 

Bahu beku akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan. Ia juga boleh berlaku akibat terapi radiasi (untuk kanser payudara atau leher) dan kecederaan bahu seperti patah tulang atau koyaknya tendon..

Fisioterapi dan ubat tahan sakit akan membantu meringankan beban puan. 

Sekiranya berlarutan, boleh berjumpa doktor pakar ortopedik untuk rawatan seterusnya dan  bagi memastikan bahawa tendon tidak koyak. Insya-Allah.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #frozenshoulder #bahubeku #Rotatorcuff #Fisioterapi #Kekanganbahu #Shoulderimpingement