Patah Tulang. Bedah, Urut atau Simen?Patah Tulang. 

Doktor selalu diajukan soalan oleh pesakit. Boleh tak kalau saya pergi urut???

Jawapan doktor ringkas sahaja, bukan semua penyakit boleh dirawat dengan kaedah mengurut terutamanya berkaitan dengan kecederaan patah tulang.

Kenapa? Bahagian kepatahan tulang tidak boleh diurut kerana, sebarang manipulasi atau urut kawasan itu akan menjadikannya lebih bengkak. 

Keadaan yang boleh dibenarkan berurut adalah sakit bahagian otot dan urut boleh melegakan kekakuan disebabkan oleh otot yang kejang. Urut juga perlu berwaspada dan tidak berketerlaluan terutama melibatkan kawasan tulang belakang dan saraf.

Untuk sebarang kepatahan tulang, keputusan rawatan akan dibuat setelah mengkaji sinar X. 

Jenis kepatahan yang boleh dipasang simen akan dilakukan dengan manipulasi menggunakan ubat tahan sakit. 

Manipulasi adalah bukan berurut, ada bezanya. Pencatuman tulang pada tempat patah akan berlaku secara semula jadi dan sebarang aktiviti mengurut akan membantutkan proses ini. 

Untuk jenis kepatahan yang lebih sirius, pembedahan akan disyorkan dengan penggunaan plate, screw atau besi dalam tulang. 

Tiada Simen akan dipasang selepas rawatan sebegini dan urut juga tidak digalakkan selepas pembedahan kerana akan menyebabkan kawasan tersebut lebih bengkak. 

Pemantauan akan dilakukan dengan sinar X selepas rawatan untuk melihat tulang baru di kawasan patah.

Kesimpulannya, jikalau patah tulang janganlah berurut. Urut untuk sakit bahagian otot sahaja.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #patahtulang #rawatanmengurut #bedahurutsimen