“Dr, boleh tak kongsi gambar ultrabunyi untuk ACL? Atau apa sahaja yang berkaitan dengan kecederaan ligamen pada lutut. Ini kerana saya rasa, masalah ini sangat biasa terutamanya di peringkat awal di klinik.”
Diagnosis ultrabunyi kecederaan ACL agak terhad nilainya…..terutama semasa lutut masih bengkak.
ACL adalah struktur yang dalam dan kadangkala ia tidak mudah untuk dinilai melihat kesinambungan ligamen dengan ujian ultrabunyi (USG).
Ligamen luar seperti LCL atau MCL lebih mudah dilihat melalui USG.
Semasa saya bertugas di hospital kerajaan, diagnosis ACL adalah melalui sejarah sakit dan pemeriksaan.
Jika salah satu diragui, barulah saya buat MRI untuk menilai lebih lanjut. MRI adalah ujian untuk mengesahkan sejarah dan pemeriksaan.
Temu janji untuk MRI akan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 bulan di hospital kerajaan..
Layari laman web KMZ ORTHOMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut: https://kmzorthoman.com/
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia
Related Posts
March 26, 2024