KEPATAHAN TULANG!!! APAKAH ITU?

Tulang adalah struktur sistem rangka penyokong yang membolehkan manusia berdiri dan berjalan dengan penggunaan otot.

Kemalangan jalan raya adalah antara penyebab utama berlakunya kepatahan tulang dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Selain daripada itu, kepatahan tulang boleh berlaku semasa bersukan, jatuh daripada tempat yang tinggi dan impak tinggi terus kepada tulang sewaktu bekerja.

Dari perspektif lain, kepatahan tulang juga boleh berlaku akibat barah tulang,  osteoporosis. dan jangkitan tulang. 

Rawatan untuk kepatahan tulang jenis ini berbeza dengan kepatahan tulang biasa.

Kepatahan pada tulang belakang boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh manakala kepatahan pada pelvis boleh menyebabkan pendarahan yang teruk sehingga kehilangan nyawa. 

Rawatan pembedahan dengan menstabilkan struktur tulang yang patah amat penting untuk jenis ini.

Kepatahan diklasifikasikan mengikut jenis kepatahan, bentuk, saiz dan tahap keterukkan.

Tanda-tanda utama kepatahan:

✅Sakit

✅Bengkak pada kawasan yang terlibat

✅Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat

Tulang yang patah boleh didiagnosis dengan mengambil sejarah pesakit yang teliti dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh.

Kepatahan boleh disahkan dengan mengambil gambar sinar-X.

Pemeriksaan radiologi yang khas seperti ‘CT Scan’ mungkin diperlukan untuk diagnosis kepatahan tulang di tempat tertentu seperti pada tulang belakang, sendi tulang pinggul atau berdekatan dengan sendi tulang.

Doktor akan melihat tahap kepatahan dan membuat keputusan untuk rawat dengan simen atau pembedahan dengan plate serta screw. 

Kepatahan tulang berdekatan dengan sendi kebiasaan memerlukan pembedahan bagi mengurangkan risiko arthritis pada jangka masa panjang.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #patahtulang #fracture #accident #cederasukan #osteoporosisfracture #patahtulangbelakang #patahpelvis