Slipped Disc Tulang Belakang “Prolapsed Intervertebral Disc (PID)” Apakah itu?

“Kaki kebas, kaki dan pinggang lenguh teramat sangat.”

“Saya angkut barang berat semalam, tiba-tiba tertangkap urat saya!!!“

Sakit belakang boleh terjadi kerana kesilapan mengangkat barang berat, melakukan aktiviti lasak atau pekerjaan berat melibatkan tulang belakang. 

Kajian menunjukkan 3 daripada 4 orang akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 

Nama yang diberi untuk keadaan ini adalah prolapsed intervertebral disc (PID), slipped disc atau herniated nucleus pulposus (HNP).  

Kenapa sakit dan macam mana nak rawat?

Slipped disc atau herniated disc merupakan satu kondisi yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian pada tulang belakang.

Apabila anda mengalami slipped disc, ia bukanlah bermaksud tulang belakang anda ‘tergelincir’ tetapi, bahagian cakera di antara ruas tulang belakang anda cedera dan terkeluar. 

Keadaan ini akan menyebabkan sakit yang kuat di belakang dan kemungkinan menghimpit urat saraf menyebabkan sakit dan kebas di peha dan kaki.

Sinar X selalunya tidak akan menunjukkan sebarang masalah pada usia muda. Pengimejan terbaik adalah MRI untuk melihat keadaan disc dan urat saraf.

Rawatan yang diutarakan bergantung kepada kesiriusan keadaan. Rawatan konservatif awal terdiri daripada ubat-ubatan mengurangkan kesakitan dan fisioterapi. 

Pemulihan cara kerja, pengurangan berat badan dan mengekalkan postur belakang adalah penting untuk mengelakkan berlakunya sakit belakang. 

Jikalau tidak berkesan, rawatan Radio-Frequency Ablation (RFA) atau endoscopic spine discectomy boleh mengurangkan sakit untuk jangka masa terdekat.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #slippeddisc #prolapsedintervertebraldisc #PID #herniatednucleuspulposus #HNP #fisioterapi #Posturbelakang #Goodpostureback #masalahtulangbelakang #Radiofrequencyablation #RFA #Endoscpoicspinesurgery