Sindrom Terowong Karpal (STK) AKA “Carpal Tunnel Syndrome (CTS)” Apakah Itu?

Sindrom terowong karpal (STK) ialah satu penyakit yang menyebabkan terowong karpal dihimpit sehingga menyebabkan kekebasan tapak tangan. 

Saraf yang mengawal sentuhan dan pergerakan pada pergelangan tangan serta tapak tangan yang terlibat dengan sindrom terowong karpal adalah saraf median.

Kesempitan pada saraf median ini akan menyebabkan kekebasan (mencucuk-cucuk) ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 

Keadaan yang melarat boleh mengakibatkan otot tangan mengecut, sekali gus menyebabkan gengaman tangan lemah.

Punca utama penyakit ini adalah penggunaan tangan dan pergelangan tangan yang salah semasa kerja. Punca lain adalah kencing manis, kepatahan lama, arthritis rheumatoid dan lain lain.

Rawatan awal terdiri daripada mengetahui cara kerja yang betul mengelakkan kemelaratan sakit STK, fisioterapi dan penggunaan alat merehatkan pergelangan tangan. 

Sekiranya kesemuanya tidak membuahkan hasil, pembedahan kecil memotong ligamen adalah pilihan terbaik.