Siku Tenis “Tennis Elbow” Apakah itu?
Pernah tak, apabila angkat beg plastik berat keluar dari pasaraya, terasa sakit dan lenguh pada siku?
“Eh, kenapa setiap kali saya gunakan tangan untuk putar screw, siku saya yang sakit?”
Ini adalah tanda-tanda anda mengalami masalah Siku Tenis atau “Tennis Elbow” yang berpunca daripada kekoyakkan kecil (micro-tear) dan keradangan pada pelekatan permulaan (muscle origin) pada siku bahagian luar.
Saya ni bukannya main tenis pun, kenapa kata ada masalah Siku Tenis?
Keadaan sakit ini biasa dalam kalangan pemain tenis, oleh kerana itu dinamakan Siku Tenis. Otot-otot ini boleh koyak atau mengalami keradangan akibat pergerakan ”backhand” yang berulang (repetitive movement).
Ia kerap dialami pekerja yang melakukan pekerjaan melibatkan pergerakan tangan seperti mengangkat objek yang berat, menggunakan screwdriver selain pemain badminton serta tenis.
Bagi menentukan diagnosis, selain daripada simptom-simptom yang dialami, pesakit perlu menjalani pemeriksaan fizikal dan penyiasatan.
Masalah ini boleh dirawat dengan mengubah cara hidup (lifestyle modification), ubat anti-radang, ubat tahan sakit, pendakap lengan, fisioterapi dan suntikan steroid atau PRP. Jikalau gagal, pembedahan adalah satu kaedah mengatasi masalah ini.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #sikutenis #tenniselbow #lateralepicondylitis
Related Posts
March 26, 2024