QnA Session : Cerita sikit pasal pilates dan acupuncture? Adakah ia membantu?

Pilates ialah satu kaedah kecergasan yang menekankan kekuatan teras, fleksibiliti, dan kawalan keseluruhan badan melalui gerakan yang terkawal. 

Ia memberi faedah untuk meningkatkan postur, kestabilan dan keregangan otot, menjadikannya pilihan popular untuk rehabilitasi serta kecergasan am. 

Pilates biasanya menggabungkan 5 kaedah utama iaitu pernafasan, penjajaran servik, penstabilan tulang rusuk dan skapula, pergerakan pelvis dan penggunaan perut. 

Bentuk senaman ini boleh disyorkan sebagai sebahagian daripada program rehabilitasi untuk individu dengan masalah ortopedik seperti sakit belakang, kecederaan sendi atau masalah muskuloskeletal kerana kadangkala ia membantu merilekskan otot dan minda bagi kesakitan yang tidak terlarat. Sentiasa berunding dengan pakar ortopedik anda sebelum memulakan program senaman baharu termasuk Pilates.. 

Rawatan Akupuntur pula adalah satu kaedah perubatan alternatif. Ia melibatkan memasukkan jarum halus ke dalam titik-titik tertentu dalam badan. Untuk setiap penyakit, beberapa jarum akan dimasukkan dan distimulasikan. Ini akan merangsangkan urat sensori untuk mengurangkan sakit kronik. Akupunktur sering digunakan untuk pengurusan kesakitan, pengurangan tekanan dan kesihatan keseluruhan. 

Klik link di bawah untuk dapatkan sesi rundingan dengan pakar ortopedik

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #pilates #accupuncture #akupuntur