Plaster of Paris (POP). Apakah itu?
Apakah itu Plaster of Paris (POP)?
✅ Sejenis simen bewarna putih.
✅ Lembut semasa masih basah dan lebih berat.
✅ Mengambil masa 48 jam untuk kering sepenuhnya.
Plaster of Paris (POP) ialah sejenis serbuk kalsium sulfat berwarna putih yang membentuk sebatian apabila dicampurkan dengan air dan memejal sehingga keras.
POP dihasilkan melalui proses pengkalsinan gypsum iaitu gypsum dihidrat dipanaskan sehingga menjadi gipsum hemihidrat.
Setelah dikisar halus, sejenis serbuk putih dikenali sebagai POP dihasilkan.
Perkataan gypsum berasal dari perkataan Greek iaitu gypsos yang bermaksud kapur.
POP mendapat nama dari kuari di daerah Montmartre, Paris yang mempunyai bekalan gypsum terkalsin yang banyak.
Bagi orang awam, POP lebih dikenal dengan istilah “simen” kerana cara pembuatan dan hasil daripada prosedur ini akan menghasilkan satu kas yang kuat dah keras.
POP digunakan sebagai bahan utama pembuatan acuan plaster, produk ukiran dan pembalut anggota badan yang patah.
Indikasi utama bagi aplikasi kas POP adalah untuk “immobolize” (memastikan bahagian tersebut tidak bergerak) anggota atau sendi yang mengalami kepatahan di samping turut dijadikan rawatan untuk masalah “ligament tear”.
Penjagaan selepas aplikasi kas POP adalah amat penting dan kebanyakan pesakit tidak mengendahkan dan akhirnya ia akan menyebabkan tujuan utama aplikasi kas ini tidak tercapai malah akan mendatangkan komplikasi.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #plasterofparis #pop #gypsum #simen
Related Posts
March 26, 2024