Penjagaan Plaster of Paris.

Bagaimana dengan penjagaan POP?

➡️ Semasa kas masih basah (dalam masa 48 jam), pesakit harus menjaga kas supaya tidak menjadi lekuk dan menyebabkan tekanan kepada kulit.

➡️ Ampu anggota badan yang dipasangkan dengan kas ke paras yang lebih tinggi untuk mengurangkan bengkak.

➡️ Gunakan anduh bagi kas di tangan dan bantal untuk kas yang dipasang pada kaki.

➡️ Kas mesti dijaga bersih dan kering. Jangan conteng atas kas. Gunakan plastik bagi melindungi kas jika perlu untuk tidak basah.

➡️ Pesakit dilarang memijak menggunakan kas melainkan diarahkan oleh doktor. Gunakan tongkat semasa berjalan.

➡️ Jangan masukkan objek atau benda tajam ke dalam kas.

➡️ Jangan masukkan bedak atau losyen ke dalam kas.

➡️ Lakukan senaman aktif pada jari anggota terlibat.

➡️ Jangan panaskan kas

➡️ Kas boleh jadi terlalu ketat atau longgar setelah beberapa hari. Keadaan ini mesti dipantau dan berjumpa doktor jika berlaku..

➡️ Jikalau kas pecah pada salah satu bahagian, sila jumpa doktor untuk memperbaiki kas.

Anda dinasihatkan datang segera ke hospital atau klinik jika mengalami kebas atau rasa sakit pada bahagian yang dipasang kas.

Begitu juga jika terdapat bengkak yang teruk atau keluaran cecair dengan perubahan warna pada kas serta berbau busuk.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #penjagaanPOP #POPcare  #penjagaansimen #POP #Simen