Pembedahan Arthroskopik (Arhtroscope) Apakah itu?

Pembedahan arthroskopik merupakan teknik dan teknologi perubatan terkini yang memberikan hasil rawatan terbaik bagi merawat pelbagai jenis masalah sendi terutamanya sendi bahu, lutut, buku lali dan pinggul.

Arthroskopik merupakan pembedahan menerusi lubang-lubang kecil (portal) menggunakan sistem kamera dan peralatan khusus.

Kelebihan pembedahan arthroskopik berbanding pembedahan terbuka adalah saiz luka yang lebih kecil, kurang risiko pendarahan dan kurang risiko jangkitan kuman. 

Oleh yang demikian, proses penyembuhan lebih pantas dan tempoh rawatan di hospital yang lebih singkat.

Terdapat pelbagai penyakit sendi yang boleh dirawat melalui pembedahan artroskopi.

Bagi sendi bahu keadaan seperti dislokasi bahu yang berulangan, urat (tendon) bahu terkoyak, kecederaan rawan, bahu beku (frozen shoulder) dan himpitan (impingement) dalam bahu.

Sementara itu, bagi sendi lutut pulak, kecederaan kepada ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament) dan PCL (posterior cruciate ligament), kecederaan pelapik sendi (meniscus), kecederaan rawan, radang sendi dan sendi keras (arthrofibrosis) selepas trauma (bagi membuang tisu parut).

Sendi buku lali juga boleh dirawat secara arthroskopik dengan merawat kecederaan rawan, membuang tisu parut dan membaiki ligamen yang koyak sepertil ATFL (Anterior Talo Fibular Ligament).

Untuk bahagian pinggul, rawatan berkenaan dengan selaput yang koyak atau pertumbuhan tulang menyebabkan kesempitan boleh dikikis dengan kaedah ini.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #arthroskopik #arthroskopikbahu #arthroskopiklutut #arthroskopikbukulali #arthroskopikpinggul #arthroskopikACL #arthroskopikPCL #arthroskopikmeniscus #arthroskopikbahubeku #arthroscopicrotatorcuffrepair #arthroscopicfibrosisrelease #arthroscopicATFLrepair #arthroscopicFAI #arthroscopichiplabrumrepair