Osteoarthritis. Apakah Itu?

Sakit sendi atau lebih dikenali Osteoarthritis kebiasaannya dihidapi oleh pesakit berumur 50-an dan ke atas. Arthritis terjadi ketika jaringan tulang rawan mengalami keradangan.

Antara punca berlakunya Osteoarthritis kepada seseorang adalah degeneratif, rheumatoid, gout, jangkitan kuman, kepatahan yang teruk dan lain lain.

Nak tahu tanda-tanda arthritis? Biasanya ia terdiri daripada sakit sendi, sendi bengkak, kekejangan sendi, lutut berbunyi dan otot betis mengecut.

Tahap keradangan boleh dikenal pasti dengan sinar-x dan mengikut tahap 1-4, rawatan arthritis boleh dijalankan.

Rawatan pemuliharaan awal terdiri daripada senaman sendi yang dilatih oleh ahli fisioterapi dan pengambilan ubat bagi mengurangkan keradangan.

Sekiranya kesan daripada rawatan awal kurang memuaskan, kaedah lain akan dilakukan iaitu dengan memberikan suntikan HA (Hyaluronic Acid Gel) atau RFA (Radio Frequency Ablation).

Andai kata, semua rawatan yang disebut tidak dapat mengurangkan sakit, pembedahan menggantikan alat sendi adalah pilihan yang terbaik untuk pemulihan jangka masa panjang.

Anda ada tanda-tanda arthritis? Jom dapatkan konsultasi daripada Dr. KMZ! 

https://wa.me/60128192499

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia