Kuman Pemakan Fascia “Necrotizing Fasciitis” Apakah itu?
Apa yang anda tahu mengenai Kuman Pemakan Fascia?
Necrotizing fasciitis turut dikenali sebagai penyakit pemakan fascia atau kuman pemakan fascia.
Ia adalah satu jangkitan yang boleh berlaku kepada pesakit penghidap kencing manis yang melibatkan bahagian fascia di bawah kulit.
Pesakit ini kebiasaannya mempunyai luka yang kecil dan penjagaan luka adalah pada tahap minima.
Oleh kerana itu, jangkitan kuman boleh merebak dan dengan pantasnya merentasi tisu fasica di bawah kulit.
Pesakit yang lewat medapat rawatan akan datang dengan tenat kerana bahayanya kuman pemakan fasica ini.
Ini adalah kerana pada permukaan kulit yang terjejas akan nampak normal namun kerosakan ketara adalah di bahagian bawah kulit oleh toksin kuman.
Oleh kerana ia sangat merbahaya dan cepat merebak, kebiasaannya ia dirawat menggunakan antibiotik dengan dos yang tinggi dan kaedah pembedahan.
Pembedahan akan dilakukan secara kecemasan dan kulit beserta fascia yang dijangkiti akan dibuang secara agresif. Ini perlu untuk memastikan luka baharu yang rosak oleh kuman semuanya dibuang.
Rawatan di dalam hospital akan mengambil masa untuk mengurangkan kesan jangkitan kuman dengan pemberian antibiotik dan penjagaan luka.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #necrotizingfasciitis #penyakitpemakanfascia #bakteriapemakanfascia #toksinkuman #diabeticfoot #lukakaki
Related Posts
March 26, 2024