Komplikasi Plaster of Paris.
Jika kas Plaster of Paris (POP) tidak dijaga dengan baik dan kebersihannya diabaikan, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi.
Antaranya ialah “pressure sore”, “skin blistering”, kegatalan, sakit, pembengkakan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, cara penjagaan kas POP ini perlu diketahui agar indikasi pemakaiannya dapat dicapai dan boleh sembuh.
Perkara yang paling penting semasa dan selepas pemakaian kas POP ini adalah berdasarkan 5 prinsip yang dinamakan sebagai 5P (Pain, Pallor, Paraesthesia, Pulselessnes dan Paralysis).
Ini adalah sakit yang berlebihan, hujang jari atau kaki menjadi pucat, kekebasan, tidak dapat kesan nadi atau kelumpuhan bahagian tersebu.
Jika salah satu daripada 5 gejala ini timbul, kas perlu ditanggalkan semula atau perlu dibahagikan dua untuk mengurangkan simptom berikut. Setelah itu, pemantauan pada bahagian tersebut perlu dilakukan.
Komplikasi lain yang boleh terjadi dari pemasangan kas adalah :
✔️Kekakuan sendi dan kelemahan otot
✔️Lepuh dan luka disebabkan oleh plaster
✔️Kudis disebabkan oleh tekanan
✔️ Alahan plaster:
✔️Kegatalan pada kulit
Penjagaan rapi dan pengetahuan mengenai komplikasi POP adalah penting untuk penggunaan POP untuk jangka masa yang ditetapkan.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #komplikasiPOP #5P #skinblister #POPsore
Related Posts
March 26, 2024