Ketidakstabilan Sendi Bahu “Shoulder Instability” Apakah Itu?
“Doktor, sendi bahu saya ni banyak kali terkeluar la doktor lepas kemalangan hari tu… saya rasa sakit bahu pulak sekarang ni….
Doktor, sendi bahu saya keluar sendiri dan tak sakit bila keluar dan boleh je saya masukkan sendiri…ok ke doktor?”
Ketidakstabilan sendi bahu atau sendi bahu yang longgar berlaku dalam dua keadaan iaitu traumatik dan atraumatik seperti soalan di atas.
Ketidakstabilan sendi bahu atau lebih dikenali “Shoulder Instability” adalah istilah yang digunakan untuk mereka yang pernah mengalami bahu terkehel kerana kemalangan jalan raya atau bersukan dengan lasak.
Keadaan lain yang boleh menyebabkan terjadinya begini adalah kerana kebolehan melentur badan kerana hiperfleksibel menyebabkan ligamen dan kapsule senang menjadi longgar.
Pemain bola tampar, perenang dan pembaling besbol adalah antara individu yang terdedah kepada kondisi ini.
Bahu yang sering terkehel dikenali sebagai “recurrent shoulder dislocation”, keadaan ini akan menyebabkan tulang permukaan sendi bahu haus dan menyebabkan kerap dan senang untuk sendi bahu terkehel lagi.
Untuk pesakit yang pertama kali bahu terkehel, selepas memasukkan balik sendi bahu dengan bius, fisioterapi adalah rawatan utama yang disyorkan.
Bagaimanapun, jikalau bahu masih boleh terkehel setelah menjalani fisioterapi intensif, pembedahan arthroskopik akan disyorkan untuk membaiki labrum yang koyak.
Pembedahan lain untuk keadaan lebih serius adalah dengan mengambil tulang bersama ligamen untuk penstabilan bahu.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #ketidakstabilansendibahu #shoulderinstability #bahuterkehel #shoulderdislocation #traumaticdislocation #atraumaticdislocation #fisitoterapi #Arthroscopicbankartrepair #Bankartrepair #Labralrepair #Latarjet
Related Posts
March 26, 2024