Keradangan Plantar Fascia “Plantar Fascitis”Apakah itu?

Plantar fascia adalah satu struktur tisu tebal yang menghubungkan jari kaki ke tulang tumit dan menyokong gerbang kaki. Antara penyebab plantar fasciitis adalah berat berlebihan, struktur kaki yang tidak betul, penyalahgunaan kasut/selipar, latihan yang berlebihan dan lain lain. 

Ayuh ketahui tanda-tanda dan gejala Plantar Fascitis

Biasanya, kesakitan berlaku di bahagian bawah tumit, terutamanya selepas sesi bersenam, pada waktu pagi setelah bangun tidur atau cubaan berdiri setelah duduk untuk jangka masa lama. Diagnosis akan dicapai dengan pemeriksaan fizikal dan penyiasatan ujian.

Pelbagai pilihan rawatan boleh dilakukan untuk meredakan keradangan plantar fascia.

Kebanyakan orang akan pulih dalam tempoh beberapa bulan dengan rawatan sederhana seperti rehat, rawatan ais/haba pada kawasan yang terjejas, ubat-ubatan, penukaran kepada kasut yang sesuai, aktiviti regangan setiap pagi  dan mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan selanjutnya.

Sekiranya keadaan “plantar fasciitis” melarat, suntikan steroids / PRP, Rawatan dengan RFA (RadioFrequency Ablation) atau pembedahan boleh diambil kira. 

Bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan pandangan dan konsultasi daripada pakar ortopedik untuk memastikan rawatan yang bersesuaian. 

Dapatkan konsultasi daripada Pakar Rundingan Ortopedik Dr. KMZ sekarang!

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #plantarfasciitis #Keradanganplantarfascia #sakittumit #Heelpain #Flatfeet #Higharchfeet #Shoewear #orthoticwear #Fisioterapi #Injectionsteroids #InjectionPRP #RFA