Jari Pelatuk “Trigger Finger” Apakah Itu?

“Doktor, jari tangan saya ni tersangkut la doktor.

“Dua-dua tangan pun kena. Dua-dua jari tengah. Cuma yang kiri ni saya boleh lurus sendiri, yang kanan kalau dah sangkut, saya terpaksa guna tangan kiri untuk luruskan balik. Sakit doktor, siap ada bunyi meletup lagi!”

Masalah Jari Pelatuk atau Trigger Finger berlaku akibat keradangan pada A1 Pulley iaitu satu lapisan yang melapisi flexor tendon, ligamen yang membantu kita membengkokkan jari.

A1 Pulley ini terletak pada garisan yang paling hujung di tapak tangan kita.

Keradangan ini menyebabkan laluan tendon menjadi sempit dan ketat. Ia menyebabkan pesakit sukar meluruskan jari yang telah dibengkokkan dan menjadi tersangkut (jammed).

Ada masanya, ia sukar dibengkokkan dan adakalanya pula terdapat “nodule” atau biji kecil pada bahagian A1 Pulley ini.

Rawatan untuk masalah Jari Pelatuk boleh melibatkan pelbagai pendekatan, bergantung kepada tahap kesakitan seperti istirahat dan pengurangan aktiviti, fisioterapi, pemberian ubat anti-keradangan, suntikan steroid serta pembedahan.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #jaripelatuk #triggerfinger #Jarijam #A1pulley #nodulehand #fisioterapi #steroidsinjection #A1pulleyrelease