Gouty Arthritis? Apakah itu?

Makan sambal ikan bilis, Sakit?

Makan udang atau sotong, Sakit?

Makan daging merah, Sakit?

Doktor, bila saya makan salah satu daripada menu ini, pangkal ibu jari kaki saya akan bengkak dan rasa sakit!!!

Ini tandanya anda mungkin mengidap penyakit Arthritis Gout.

Apa Itu Gout?

Gout adalah satu bentuk keradangan arthritis yang menyebabkan kesakitan dan bengkak pada sendi disebabkan oleh pemandapan Monosodium urate (MSU). Oleh kerana kandungan Acid Urik yang tinggi di dalam badan, pesakit boleh mendapat penyakit Gout. 

Kristal Asid Urik ini juga boleh disimpan di bawah kulit kita dan membentuk ketulan putih yang dipanggil ‘Gouty Tophi’.

Serangan Gout “Gout Akut” sering berlaku di sendi pangkal jari kaki besar, serta jari-jari, jari kaki lain, lutut dan siku. 

Ia menyebabkan sendi merah dan bengkak dengan serangan kesakitan yang teruk secara tiba-tiba. Pergerakan juga akan terbatas menyebabkan kualiti hidup terjejas.

Apa Yang Menyebabkan Gout?

Purin yang ditemui di dalam badan dan makanan kita apabila dipecahkan, akan menghasilkan Asid Urik dengan proses semula jadi.

Walau bagaimanapun, Asid Urik tinggi dalam darah boleh menyebabkan kristal terbina di sendi, menyebabkan Gout Akut. 

Adakah Gout Boleh Dicegah?

Elemen utama pencegahan Gout adalah diet. Pesakit Gout dinasihatkan untuk memantau pengambilan makanan harian dengan memperbanyakkan minuman air kosong, memakan karbohidrat kompleks dan pelbagai buah-buahan dan sayuran.

Makanan yang perlu dielak adalah daging merah, daging organ, makanan laut dan minuman alkohol serta minuman ringan bergas.

Pengurangan berat badan dan pengubahsuaian ubat darah tinggi  boleh membantu mengawal kandungan Acid Urik langsung mengurangkan kejadian Gout Akut. 

Rawatan dengan pengambilan ubat mengurangkan Acid Urik dalam badan sangat penting untuk mengelakkan kerosakan sendi-sendi tulang dan kecacatan sendi tulang pada jangka masa lama. 

Hidup berkualiti memantapkan kesihatan anda!

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #gout #sakitarthritisgout #apaitugout #goutakut #acutegoutattack #makanangout