Apakah Itu Ortopedik Sukan?

Ortopedik Sukan atau dalam bahasa Inggeris “Sports Orthopaedic” merujuk kepada bidang khusus perubatan ortopedik sukan yang memberi tumpuan kepada diagnosis, pencegahan kecederaan dan rawatan pada muskuloskeletal yang berkaitan khusus dengan sukan serta aktiviti fizikal. 

Sistem muskuloskeletal seseorang itu terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen dan tendon. Kecederaan pada muskuloskeletal merangkumi semua aspek yang disebutkan.💪🏻

Pakar ortopedik sukan yang juga sering dikenali sebagai doktor perubatan sukan atau pakar bedah ortopedik sukan, memiliki kepakaran dalam menangani kecederaan serta isu-isu yang timbul daripada aktiviti sukan. 

Pemeriksaan secara mendalam dan penyiasatan terhadap tempat luka dengan Sinar-X (X-ray), ultrasound atau MRI akan membantu pakar mendapatkan diagnosa. 

Setelah diagnosa dicapai, rawatan boleh dimulakan dengan fisioterapi, rawatan PRP atau HA, malah pembedahan bergantung pada keseriusan masalah.✨

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia