Kecederaan Cambuk “Whiplash Injury” Apakah Itu?
Jumpa doktor segera jika anda mengalami kesakitan pada leher selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau ketika bersukan.
Anda digalakkan untuk membuat diagnosis dengan cepat bagi mengesan kecederaan patah tulang atau kerosakan lain yang boleh memburukkan lagi keadaan.
“Whiplash Injury” adalah kecederaan cambuk akibat pergerakan secara tiba-tiba dengan kepala membongkok maksima ke belakang dan ke depan. Kecederaan in biasa dialami semasa kemalangan jalan raya namun boleh terjadi semasa terkena hentaman kuat di kepala semasa bersukan seperti boxing atau terjatuh tanpa kawalan.
Kebanyakan orang akan mengalami sakit pada bahagian leher, bengkak dan pengurangan julat pergerakan kepala. Ia akan mengambil masa untuk pemulihan degan ubat-ubatan dan fisioterapi. Apabila simptom melarat, penyiasatan dengan MRI diperlukan.
Kebanyakan orang yang mengalami kecederaan ini akan pulih dalam tempoh beberapa minggu jika mengikuti pelan rawatan seperti pengambilan ubat sakit dan melakukan senaman.
Bagaimanapun, sesetengah orang akan mengalami sakit leher kronik dan komplikasi lain yang berpanjangan selama beberapa bulan atau tahun.
Sukar untuk menjangkakan tempoh kecederaan ini akan pulih. Secara umum, anda berkemungkinan mengalami sakit kronik jika mengalami gejala seperti:
☑️Sakit leher yang teruk
☑️Julat pergerakan yang lebih terhad
☑️Sakit yang merebak ke bahu
☑️Kebas atau lemah di bahagian lengan
Related Posts
March 26, 2024