SOALAN:Selamat pagi Dr.. Nama saya . Ingin bertanya mengenai lutut seorang pelari. Sesetengah pelari mengadu sakit lutut selepas berjoging.. Dia berlebihan berat badan. Apa alat sokongan atau pendakap yang sesuai untuk melindungi lutut daripada mengalami kecederaan.Dan jika lutut masih berasa sakit.. Adakah dia perlu melakukan MRI.
Assalamualaikum…
Maaf kerana kelewatan menjawab pertanyaan anda atas faktor kesibukan kerja.
Jika dia berlebihan berat badan, tidak digalakkan untuk berjoging.
Berjalan kaki dan berbasikal adalah yang terbaik.
Apabila seseorang itu sudah biasa, baru boleh berjalan pantas sebelum berjoging… sakit belakang juga adalah kesan daripada aktiviti jogging.
Kesakitan pada lutut pelari biasanya merujuk kepada sindrom patella atau sindrom ITB (Iliotibialband).
Dengan diagnosis yang betul, insya-Allah dapat menangani masalah tersebut.
Tiada alat sokongan atau pendakap dapat membantu dalam keadaan ini.
Jangan bazirkan wang untuk melakukan MRI dalam kes ini… ia adalah alat untuk menyokong diagnosis klinikal.
Adakalanya tidak patut kami menggunakan MRI sebagai diagnosis walaupun pesakit tidak mempunyai simptom klinikal. 😊
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #Runnersknee #ITBsyndrome #Patellasyndrome #Jogging #briskwalk
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024