SOALAN : Dulu saya selalu sakit bahu disebabkan banyak menanda buku-buku pelajar. Bila dah picit-picit, dah urut-urut lega. Sekiranya kita kerap berurut akan ada kesan sampingan ke?

Tidak dapat dinafikan urutan pada bahagian-bahagian tertentu dapat memberikan kelegaan, ketenangan sekaligus mampu meredakan kelelahan pada tubuh badan.

Namun, berurut ini kita perlu berjaga. Jangan terlebih urut dan terlalu ganas sehingga melibatkan tulang sendi. Kebanyakan orang tidak tahu risiko bahaya daripada urut terutamanya jika ia tidak dilakukan dengan betul atau urutan terlalu kuat oleh orang yang tidak terlatih.

Pergerakan sendi tulang semasa mengurut dengan mengejut kadangkala akan menyebabkan urat saraf tercedera dan menyebabkan kesakitan yang lebih.

Pastikan anda tidak melakukan urut melibatkan sendi tulang terutama di kawasan bahaya seperti leher dan tulang belakang. 

Sekiranya anda masih mengalami kesakitan setelah berurut, ia adalah afdal untuk mendapatkan rawatan daripada Pakar Ortopedik.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #chiropractor #kiropraktor#fisioterapi #urutbadan #sakitbahu

Related Posts