Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis “Diabetic Foot Care” Apakah itu?
“Hargailah kaki anda.
“Jika terjadi luka dan ia berlarutan, segeralah berjumpa doktor.
“Jangan tunggu sehingga luka menjadi teruk baru mendapatkan rawatan.
“Rawatan awal dapat mengurangkan komplikasi dari bertambah teruk dan melarat.”
Ini adalah antara nasihat doktor pakar ortopedik trauma dan sukan, Dr. Kamarulzaman Haji M.S Kadir kepada pesakit kencing manis.
Pesakit kencing manis memerlukan penjagaan rapi bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga jagaan kaki kerana kawasan tersebut mudah terluka.
Jika luka terjadi, ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Pesakit kencing manis juga perlu mengawal kandungan gula dalam badan kerana ia boleh merosakkan sistem saraf terutama pada bahagian kaki. Berikut adalah saranan kepada pesakit penghidap kencing manis kronik.
1. Berhati-hati semasa memotong kuku
Potong kuku mengikut bentuk jari kaki dan licinkan kuku yang dipotong menggunakan kikir kuku bagi mengelak ia membentuk tempat yang tajam.
2. Elakkan aktiviti yang boleh mencederakan kaki
Sesetengah aktiviti meningkatkan risiko kecederaan kaki. Contohnya berjalan tanpa alas kaki, menggunakan pad pemanas atau botol air panas di kaki dan melangkah ke dalam air panas sebelum menguji suhu.
3. Buang halangan
Buang atau alihkan sebatang objek yang mungkin menyebabkan anda tersandung atau terlanggar kaki anda. Terangkan laluan yang digunakan pada waktu malam, di dalam dan di luar rumah.
4. Basuh dan periksa kaki setiap hari
Gunakan air suam dan sabun lembut untuk membersihkan kaki. Tepuk kaki anda dengan lembut dan sapukan krim atau losyen pelembap untuk mengelakkan kekeringan kulit tetapi jangan terlalu banyak bagi mengelakkan jangkitan kulat.
Periksa seluruh permukaan kedua-dua kaki untuk mengesan kulit pecah, lepuh, bengkak atau kemerahan, termasuk di antara dan di bawah jari kaki di mana kecederaan mungkin tersembunyi.
Gunakan cermin jika sukar untuk melihat semua bahagian kaki atau minta bantuan ahli keluarga atau penjaga.
Hati-hati memilih stokin serta kasut dan bentuk kasut mesti sepadan dengan bentuk kaki anda.
5. Senaman
Senaman yang kerap akan meningkatkan kesihatan tulang dan sendi dan kaki anda, meningkatkan peredaran darah ke kaki anda dan menstabilkan paras gula dalam darah anda.
Luka yang terbaik dirawat adalah dengan mengelakkannya terjadi.
Hargai Kaki anda!!
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #penjagaankakipesakitkencingmanis #diabeticfootcare.
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024