Koyakan Meniskus “Meniscus Injury” Apakah Itu?
✔️Lutut anda sakit terutamanya apabila menanggung berat atau membengkokkan lutut?
✔️Sensasi meletup atau klik pada masa kecederaan?
✔️Bengkak dan kaku pada sendi?
✔️ Lutut kadang kala “Lock” dan mengambil masa lurus balik?
Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda mungkin mengalami masalah Koyakan Meniskus atau “Meniscus Injury”
Mesti anda nak tahu apa itu koyakan Meniskus kan!!!
Meniskus adalah rawan berbentuk C yang bertindak sebagai kusyen pada sendi lutut.
Terdapat dua meniskus pada setiap lutut iaitu satu di bahagian dalam lutut (medial) dan satu di bahagian luar lutut (lateral).
Meniskus bertindak sebagai penyerap hentakan, kusyen sendi dan melindunginya daripada haus serta koyakan. Meniskus juga membantu mengagihkan berat secara sama rata pada sendi dan menstabilkan sendi.
Koyakan Meniskus berlaku apabila lutut cedera akibat terkehel atau hentaman secara tiba-tiba atau semasa pergerakan yang memusingkan lutut secara paksa. Ia mungkin terlibat dengan koyaknya ligamen ACL.
Keadaan ini kebanyakannya berlaku semasa sukan kontak seperti bola keranjang, bola sepak atau rugbi. Ia boleh juga berlaku semasa tersalah pijak semasa jalan atau lari dan lutut terkehel.
Nak tahu lebih lanjut, hubungi doktor pakar ortopedik sukan di KMZ Orthopedik hari ini.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #meniscusinjury #koyakanmeniscus #bukcethandletear #lockedknee #lututjam #meniscusdebride #meniscusrepair #futsalinjury #rugbyinjury #badmintoninjury