Kecederaan-Kecederaan Semasa Bersukan. Apakah Itu?
Penglibatan dalam sukan adalah satu hobi atau bidang profesionalisme yang diceburi oleh ramai. Sejak muda, sukan adalah satu riadah yang banyak membawa faedah kepada kesihatan rohani dan jasmani..
Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok serta diabetis.
Penggemar sukan terdiri daripada atlet yang profesional atau atlet bukan profesional. Kecederaan boleh berlaku kepada sesiapa semasa beraksi dalam sukan. Bergantung kepada sukan yang dilakukan, kecederaan yang mungkin – dialami adalah berbeza.
Kebanyakkan pemain bola sepak, futsal atau ragbilebih kerap mendapat kecederaan pada lutut dan buku lali. Kecederaan yang biasa pada lutut adalah kecederaan ‘Anterior Cruciate Ligament’ ( ACL) atau Meniskus manakala kecederaan pada buku lali adalah ‘Anterior Talofibular Ligament’ (ATFL).
Penglibatan sukan raket seperti badminton, skuasy dan tenis melibatkan pergerakan seluruh badan dan sendi. Selain daripada kecederaan seperti pemain bola, atlet boleh mendapat kecederaan ‘Tennis Elbow’ atau ‘Superior Labrum from Anterior to Posterior tear’ (SLAP Lesion) di bahu.
Simptom awal kecederaan pada bahagian badan adalah bengkak dan sakit semasa berjalan atau pergerakan sendi.
Kecederaan yang berlaku perlu dirawat dan memerlukan pemeriksaan dan penyiasatan terhadap bahagian tersebut. Bergantung kepada siasatan awal,cadangan rawatan akan diutarakan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Hubungi Dr. KMZ sekarang untuk mendapatkan konsultasi Pakar Orthopedik!
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024