DALAM KEADAAN APA SAYA PERLU DIRAWAT OLEH PAKAR ORTOPEDIK SUKAN?

Anda pasti tertanya-tanya bilakah masanya saya perlu berjumpa dengan pakar ortopedik? Pesakit yang biasa dirawat oleh Pakar Ortopedik Sukan adalah termasuk:

✨Sprain dan Strain

Kecederaan kepada ligamen (sprain) dan otot atau tendon (strain) adalah umum dalam sukan.

✨ Patah Tulang dan Terkeluar Sendi

Disebabkan oleh impak tinggi dan intensiti beberapa sukan, atlet mungkin mengalami patah tulang atau terkeluar sendi.

✨ Tendonitis

Radang tendon, biasanya disebabkan oleh penggunaan berlebihan atau gerakan berulang seperti “Tennis Elbow” atau “Golfer’s Elbow”

✨ Kecederaan Kartilaj

Kerosakan kepada kartilaj di dalam sendi yang boleh membawa kepada artritis pada jangka masa panjang.

✨ Kecederaan Selaput Sendi

Kecederaan pada selaput sendi semasa bersukan boleh menyebabkan lutut tersangkut jika tidak mendapatkan rawatan

✨Kecederaan Ligamen Lutut

Kecederaan ligamen lutut atau “Anterior Cruciate Ligament” ACL yang kerap berlaku kepada pemain bola menyebabkan kelonggaran lutut setelah pulih daripada cedera.

Pakar Ortopedik Sukan akan melakukan rawatan lanjutan untuk mengenal pasti masalah melalui X-ray, Ultrasound atau MRI. Setelah dikenal pasti, pesakit dinasihatkan melakukan rawatan fisioterapi, suntikan PRP/HA atau pembedahan.  

Doktor juga akan memberikan panduan tentang pencegahan kecederaan, rehabilitasi dan pengoptimuman prestasi sukan semasa rawatan dijalankan.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia

Related Posts