Bendera Merah Dalam Ortopedik
Bendera Merah atau lebih dikenal sebagai “Red Flags” adalah satu sistem klasifikasi yang digunakan di seluruh dunia untuk menunjukkan bahawa keadaan yang dialami seseorang itu adalah dalam tahap bahaya.
Dalam bidang perubatan ortopedik, simptom “Red Flags” akan menimbulkan syak wasangka terhadap penyakit bahaya.
Penyakit seperti kanser tulang, TB tulang, sakit urat saraf serius dan jangkitan kuman berbahaya adalah sebahagian daripadanya.
Antara simptom “Red Flags” adalah
- Pengurangan berat badan berlebihan dalam jangka masa singkat
- Kesakitan yang amat sehingga mengganggu tidur
- Pembuangan air kecil dan besar yang sukar dikawal
- Demam lebih daripada seminggu tanpa henti
- Pergerakan terbatas dan tercungap bila berjalan jarak dekat
Pesakit yang mempunyai simptom “Red Flags” perlu mendapatkan rawatan segera di hospital dan pemeriksaan yang teliti akan dilakukan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Rawatan oleh pakar ortopedik bergantung kepada tahap keseriusan penyakit dan kebiasaannya akan mengambil masa untuk pulih.
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024