Bahu Beku “Frozen Shoulder” Apakah Itu?
Ada orang panggil Bahu Beku.
Ada pula yang cakap Frozen Shoulder.
Apa itu Bahu Beku atau Frozen Shoulder?
Ada orang letak ais ke sampai bahu kita jadi beku?
Bukan… Bahu Beku ini ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Bahu Beku akan mengakibatkan pengurangan dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.
Terdapat 3 fasa berlakunya masalah ini iaitu kesakitan dan kekakuan (Freezing), kesakitan kurang tapi kekakuan bertambah (Frozen) dan pengurangan kekakuan dan kesakitan (Thawing).
Kesakitan di bahu yang semakin melarat dengan setiap gerakan akan menyebabkan pesakit mengurangkan aktiviti melibatkan bahu tersebut. Bagaimanapun, kesakitan boleh berterusan ketika berehat dan tidur sekali gus menggangu kualiti hidup pesakit.
Rawatan awal boleh dimulakan dengan fisioterapi dan jikalau kesakitan masih dirasai, bahu yang terjejas boleh disuntik ubat untuk mengurangkan keradangan. Jikalau keadaan lebih serius, manipulasi bahu akan dilakukan dengan bius dan pembedahan arthroskopik untuk memotong selaput yang telah beku.
Related Posts
February 21, 2024