Kecederaan Pleksus Brachial “Brachial Plexus Injury” Apakah itu?

✔️Sakit

✔️Kebas tangan

✔️Lemah otot

✔️Lumpuh sebahagian atau kesemua bahagian atas anggota badan

Sesetengah pesakit mungkin mengalami simptom di atas setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ia adalah  berkenaan kecederaan Pleksus Brachial atau Brachial Plexus Injury (BPI).

Apakah itu?

Pleksus Brachial merupakan rangkaian saraf yang menghantar isyarat daripada tulang belakang servikal ke otot bahu, siku dan pergelangan tangan. 

Kecederaan Pleksus Brachial berlaku apabila saraf-saraf ini tertegang dengan kuat atau terkoyak akibat kemalangan jalan raya atau semasa kelahiran bayi lebih dikenali Erb’s palsy. 

Kecederaan Pleksus Brachial ini akan menyebabkan bahu, siku atau pergelangan lengan lumpuh atau lemah. 

Pemeriksaan akan dilkakuan untuk kepastian dan rawatan konservatif akan dimulakan dengan fisioterapi dan rehabilitasi. Ini adalah mustahak untuk mengelakkan kekakuan sendi. 

Jikalau kecederaan tidak serius, pemulihan dapat dikesan sambil dipantau. Jikalau tiada perubahan, prosedur pembedahan pemindahan saraf atau pemindahan otot boleh membantu memulihkan fungsi tersebut.

Rawatan ini memerlukan pendekatan yang pelbagai dari pelbagai disiplin untuk mendapatkan kembali fungsi anggota terlibat.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #pleksusbrachial #brachialplexusinjury #BPI #Erb’spalsy #birthinjury #rangkaaiansarafbrachial #lumpuhtangan #fisioterapi #rehabilitasi #Neurotization #Nervetransfer #Muscletendontransfer