Osteosarkoma “Osteosarcoma” Apakah Itu?

Lutut membengkak. Makin lama makin besar dan bengkak. Jalan pun terhincut-hincut.

Sukar untuk membengkokkan kaki, sakit berdenyut-denyut dan tidur pun terjaga kerana sakit sangat. 

Ini adalah antara kesengsaraan yang dialami pesakit Osteosarkoma atau Osteosarcoma.

Apa itu Osteosarkoma?

Osteosarkoma adalah sejenis kanser tulang yang boleh terjadi pada sebarang usia, namun ia adalah kanser tulang yang paling kerap berlaku dalam kalangan remaja dan dewasa terutama umur 60-an. 

Ia berasal daripada sel mesenchymal di mana sel kanser ini menghasilkan sel tulang yang tidak matang dikenali sebagai Osteoid. Kanser tulang ini kerap terjadi pada tulang peha, betis, lengan dan pinggul.  

Pesakit Osteosarkoma biasanya datang dengan kesakitan dan kebengkakan pada bahagian tulang yang terlibat. Terdapat juga pesakit yang datang dengan kepatahan tulang secara tiba-tiba tanpa berlaku kemalangan yang serius (trivial injury). 

Selain daripada itu, pesakit Osteosarkoma juga mungkin akan mengalami susut berat badan dan kehilangan selera makan.

Sinar-X akan dilakukan dahulu bagi melihat keadaan tulang yang terlibat. Ujian darah dan pemeriksaan magnetic resonance imaging (MRI) akan dilakukan untuk memastikan diagnosa yang tepat sebelum memulakan rawatan. 

Pakar bedah tulang kanser akan mensyorkan kaedah rawatan dan pembedahan terbaik di hospital tertiari.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #osteosarkoma #osteosarcoma #sarkomaosteogenik #kansertulang #bengkakpeha #bengkaklengan #pakarbedahtulangkanser #osteoidcell #mesenchymalcell