Sendi Bahu Terkeluar atau Shoulder Dislocation. Apakah itu?

“Kebanyakannya, dislocated ini berlaku pada usia muda. Bahu Beku pula berlaku pada usia pertengahan. “Dislocated ini biasanya ada dua jenis. Satu, kerana trauma. Kemalangan ataupun memang ada satu episod yang menyebabkan bahu itu terkeluar. “Bila bahu terkeluar, pesakit kena pergi ke hospital, buat sinar-X dan nampak memang bahu terkeluar. “Kita kena tarik untuk masukkan semula bahu itu.”