Spondilosis Servikal “Cervical Spondylosis” Apakah itu?
Berjam-jam duduk depan komputer?!
Senaman berimpak tinggi?!
Mengangkat berat berlebihan atas kepala?!?!
Semua ini adalah beberapa faktor yang boleh memberi tekanan pada cakera intervertebra, mengakibatkan sakit leher kronik.
Kesakitan leher akan menjadi teruk selepas anda berdiri atau duduk untuk waktu yang lama, atau apabila anda melakukan beberapa aktiviti berat dengan memusing dan membengkokkan leher.
Jika anda dikesan dengan gejala awal dan tanda-tanda ini, anda mungkin mengalami Spondilosis Servikal atau Cervical Spondylosis. Apakah itu?
Spondilosis Servikal adalah degenerasi tulang belakang yang berlaku pada leher khusus pada sendi dan cakera tulang belakang.
Perubahan ini berlaku berkait dengan proses normal penuaan yang mengakibatkan haus dan lusuh (wear and tear). Spondilosis Servikal lazimnya dilihat antara golongan pertengahan umur dan golongan warga emas.
Cakera intervertebra akan mula kehilangan ketinggian dan tumbuhan yang tidak normal pada tulang boleh menyebabkan tekanan pada urat saraf. Apabila ia terjadi, ia akan menyebabkan kekebasan dan kelemahan pada tangan.
Pengimejan sinar X dapat memberi gambaran awal keadaan Spondilosis Servikal, namun MRI akan memberi gambaran jelas terhadap cakera vertebra dan urat saraf.
Rawatan awal terdiri daripada ubat-ubatan, pengubahsuaian terhadap cara kerja dan fisioterapi. Mengekalkan postur yang betul sewaktu bekerja dan membuat senaman menguatkan otot pada leher adalah mustahak mengurangkan kesakitan pada leher.
Jikakalau rawatan awal tidak merangsangkan, suntikan steroids pada sendi tulang atau Radio-frequency Ablation boleh disyorkan. Kaedah lain adalah dengan pembedahan membuang cakera yang rosak dan menstabilkan tulang dengan screw dan batang (Rod).
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #spondilosisserviks #cervicalspondylosis #cervicalfacetarthropathy #cervicalradiculopathy #degenerasicakera #vertebraserviks #sakitleher#kebastangan #lemahtangan #RFA #steroidsinjection
Related Posts
March 26, 2024