SOALAN : Saya tak pasti sama ada saya sakit urat atau saraf di bahagian bahu. Tak apakah jika saya sering mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan?
Kesakitan yang disebabkan oleh urat saraf akan menyebabkan kekebasan pada bahagian tersebut dan kelemahan otot pada jangka masa panjang.
Secara umumnya, penting untuk anda menentukan punca sakit yang dialami itu Sakit bahu boleh berpunca daripada tisu yang koyak dibahu atau kekangan bahu. Sakit saraf berpunca daripada masalah kesempitan urat saraf di leher yang boleh menyebabkan kekebasan di bahu atau lengan tangan.
Ubat tahan sakit akan merawat kesakitan biasa disebabkan oleh muskuloskeletal tisu.Ubat tahan sakit tidak akan mengawal kesakitan berpunca daripada kesempitan urat saraf. Masalah mungkin berlaku apabila pengambilan ubat-ubatan tahan sakit ini diambil tanpa kawalan dan pemantauan.
Antara risiko yang paling tinggi adalah masalah fungsi buah pinggang. Oleh itu, lebih baik anda mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada pakar serta rawatan selanjutnya diperlukan jikalau ia melibatkan urat saraf.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #sakitsaraf #sakituratsaraf #bahubeku #frozenshoulder #shoulderimpingement #kekanganbahu
Related Posts
March 26, 2024