Sista Ganglion “Ganglion Cyst”. Apakah Itu?

Ganglion Cyst atau Sista ganglion adalah salah satu pembengkakan tisu berisi cecair yang kerap terjadi pada pergelangan tangan. 

Sista ganglion boleh berlaku akibat herniasi tisu akibat daripada kecederaan atau arthritis. Tisu yang terlibat boleh terdiri daripada ligamen, sarung tendon, kapsul sendi dan meniskus. 

Saiz sista mungkin berubah dari masa ke semasa bergantung kepada penggunaan sendi terlibat. Apabila saiznya membesar, ini mungkin akan menyebabkan kesakitan, kelemahan pada kawasan tersebut kadangkala rasa kebas. Kawasan yang boleh terjejas adalah pergelangan tangan, jari, siku, lutut dan kaki.

Diagnosis dibuat berdasarkan simptom dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan untuk kepastian. Jikalau ada keraguan dalam pemeriksaan, pengimejan resonans magnetik (MRI) dapat membezakan diagnosis lain. 

Kebanyakkan sista ganglion boleh dirawat dengan secara pemerhatian. Jikalau simptom melarat dan menyebabkan terbatas pergerakkan, pembedahan membuang sista ganglion disyorkan. 

Sekiranya anda memerlukan rawatan sila hubungi Dr. KMZ sekarang! 

https://wa.me/60128192499

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #ganglioncyst #sistaganglion #bonjolan

Related Posts