Rheumatoid Arthritis. Apakah Itu?
✔️ Bangun pagi dengan jari jemari kaku?
✔️ Bengkak pada sendi-sendi tulang?
✔️ Bengkak di jari-jemari kedua dua tangan?
Anda mungkin mengidap penyakit Rheumatoid Arthritis.
Apa itu Rheumatoid Arthritis?
Rheumatoid Arthritis atau RA adalah keradangan autoimun yang menyebabkan sistem imun badan menyerang sel-sel sihat badan menyebabkan sendi menjadi radang, kaku, sakit dan bengkak.
RA juga merupakan satu penyakit sistemik yang boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain seperti mata, paru-paru dan jantung.
Apa perbezaan sakit gout dan RA?
Penyakit ini mungkin kelihatan sama tetapi ia mempunyai sebab serta kecenderungan yang berbeza.
Pemeriksaan secara mendalam dapat membezakan kedua-dua penyakit tersebut beserta sinar-X dan ujian darah.
Ujian darah yang positif meningkatkan kebarangkalian mengidap penyakit RA. Walau bagaimanapun ujian darah yang negatif tidak semestinya tiada penyakit RA.
Pesakit yang mempunyai antibodi (berkeputusan positif) untuk Rheumatoid Factor atau/dan AntiCCP selalunya mempunyai penyakit yang lebih agresif berbanding dengan pesakit-pesakit berkeputusan negatif untuk ujian-ujian tersebut.
Pesakit yang mengidap penyakit RA perlu menerima rawatan daripada pakar rheumatologi yang bertauliah tanpa melengahkan masa. Rawatan awal dapat mengelakkan kerosakan pada sendi dan organ-organ.
Pematuhan pada rawatan dengan jangka masa yang panjang adalah tanda keberjayaan menangani penyakit Rheumatoid Arthritis!
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsurkan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #rheumatoidarthritis #RA #autoimun #autoimmune #radangsendi #morningstiffness #kakujari #rheumatoidfactor #AntiCCP #kepatuhanrawatan #compliancetreatment
Related Posts
March 26, 2024