Pembedahan Meniskus Arthroskopik. Apakah itu?
Meniskus ialah rawan berbentuk C pada sendi lutut yang bertindak sebagai kusyen dan penyerap hentakan antara tulang paha (femur) dan tulang kering (tibia).
Terdapat 2 meniskus iaitu Medial (bahagian dalam) dan Lateral (bahagian luar) meniscus.
Pembedahan meniskus adalah prosedur bertujuan untuk membaiki koyakan atau membuang meniskus yang koyak pada sendi lutut untuk mengurangkan kesakitan, memulihkan fungsi lutut dan mencegah kerosakan sendi jangka panjang.
Pembedahan meniskus dilakukan secara arthroskopik (arthroscopic), menggunakan hirisan kecil dan kamera skope digunakan untuk melihat keadaan meniskus yang koyak.
Setelah keadaan meniskus diperiksa, keputusan untuk menjahit balik atau memotong meniskus akan dilakukan.
Ini adalah kerana kadang kala koyakan meniskus agak teruk dan tidak boleh dijahit semula.
Peralatan dan benang khas digunakan untuk menjahit semula meniskus melalui kaedah arthroskopik kepada pangkal asal meniskus.
Setelah selesai prosedur, keadaan meniskus akan diperiksa kembali untuk memastikan kestabilan jahitan.
Penjagaan selepas pembedahan termasuk pengurusan kesakitan, terapi fizikal dan kebolehan pesakit kembali secara beransur-ansur kepada aktiviti normal.
Masa pemulihan berkisar dari beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung pada keseriusan koyakan meniskus, jenis jahitan dan faktor individu.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #koyakanmeniscus #pembedahanmeniskus #fisioterapi #arthroskopikknee #meniscustear #meniscusrepair #meniscusdebridement
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024