Pembedahan ACL arthroskopik. Apakah itu?
Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang koyak kebiasaannya akan menyebabkan pesakit mengalami ketidakstabilan lutut semasa bersukan atau aktiviti lasak.
Ligamen ini tidak akan bercantum balik dan keadaan akan kekal selamanya dengan ketidakstabilan lutut.
Rawatan pembedahan ACL arthroskopik disyorkan untuk mendapatkan kembali lutut yang stabil dan membolehkan atlet kembali beraksi dalam sukan dengan sepenuhnya.
ACL yang koyak tidak boleh dijahit kembali malah ia akan digantikan dengan ligamen lain dalam badan.
Ligamen yang kerap digunakan untuk pengantian ACL adalah ligamen hamstring, bone tendon bone (BTB) atau quadriceps tendon.
Pembedahan ACL arthroskopik dimulakan dengan pengambilan salah satu ligamen yang disebutkan.
Ligamen yang diambil akan dikemaskinikan untuk dijadikan satu ligamen besar untuk digunakan sebagai penggantian ACL yang putus.
Pembedahan ini dilakukan secara arthroskopik dengan parut yang kecil. Kebiasaanya butang titanium akan digunakan untuk memegang ligamen baru ACL dari peha dan screw-bio akan digunakan pada sebelah kaki.
Setelah selesai pembedahan, program rehabilitasi akan dimulakan untuk menguatkan kembali otot dan meningkatkan jurang pergerakan.
Pendakap akan dipasang pada bahagian kaki yang dibedah dan jurang pergerakkan akan dilaraskan mengikut tempoh tertentu.
Setelah pendakap dikeluarkan, program rehabilitasi yang lebih intensif akan dimulakan mengikut tahap kecergasan individu.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #ArthroskopikACL #ACLrekonstruksi #ACLreconstruction #HamstringgraftACL #BTBgraftACL #QuadricepstendongraftACL