OSTEOPOROSIS. APAKAH ITU?
Osteoporosis adalah satu keadaan kekurangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah walaupun akibat jatuh yang ringan, terduduk atau menghalang dengan tangan.
Ia biasa berlaku disebabkan oleh usia yang meningkat dan golongan wanita selepas menopaus, apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baharu yang lebih sihat.
Osteoporosis lebih dikenali dengan gelaran “penyakit senyap” kerana kebanyakkan pesakit mendapat tahu setelah mengalami tulang patah. Beberapa simptom osteoporosis yang boleh dikenali adalah sakit belakang, kehilangan ketinggian secara perlahan, postur membongkok dan kepatahan tulang yang mudah.
Diagnosis dilakukan dengan DEXA scan (imbasan penyerapan x-ray dwi) mengukur kemampatan tulang. Rawatan akan dilakukan berdasarkan keputusan DEXA scan.
Pencegahan kepatahan akibat osteoporosis adalah terbaik daripada merawat kepatahan dan osteoporosis. Rawatan osteoporosis terdiri daripada pemakanan ubat-ubatan atau suntikan dan pengubahsuaian gaya hidup serta penjagaan diri daripada terjatuh dengan mudah.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #pengalamanperibadikepakaranglobal #Osteporosis #Dexascan #Menopaus #tulangrapuh #tulangpatah #sakitbelakang #penyakitsenyap #posturbongkok #Bisphosphonate #Calcium #Forteo
Related Posts
March 26, 2024