Kecederaan ACL “ACL Injury” Apakah Itu?
Ketika anda sedang bermain bola sepak dan tecedera, tiba-tiba terdengar bunyi ‘letupan’ dari dalam lutut anda.
Sakit ya amat… Anda tersungkur terguling-guling…
Anda terpaksa dipapah keluar padang kerana tidak dapat berjalan lagi, kesan bengkak dan sakit pada lutut.
Apabila anda dibawa ke klinik, doktor “suspect” ACL atau Anterior Cruciate Ligament anda koyak!!!
Ligamen ACL adalah salah satu dari empat ligamen utama yang terletak di lutut yang menyambungkan antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia).
Sebaik sahaja berlakunya kecederaan ACL, pesakit akan rasa sakit, bengkak dan ketidakstabilan pada lutut.
Selang beberapa hari, dengan rawatan “Ice compression” pada lutut dan ubat-ubatan, pesakit akan mendapati pengurangan bengkak dan dapat menggerakkan lutut serta berjalan. Walau bagaimanapun, ketidakstabilan akan kekal dengan putusnya ACL, lebih ketara semasa lasak bersukan.
Bagi rawatan kecederaan ACL, ia bergantung kepada keadaan ACL pesakit.
Pesakit yang masih muda dan aktif dalam kegiatan sukan memerlukan ACL untuk tidak mendapat kecederaan meniskus, tulang rawan dan arthritis.
Lazimnya, ligamen ACL yang koyak tidak boleh disambung semula melalui pembedahan kerana ia mudah gagal. Oleh itu, ACL yang koyak biasanya digantikan dengan ligamen pengganti yang diperbuat daripada tendon. Pembedahan dijalankan dengan teknik arthroskopik dengan sistem kamera yang canggih.
Sekiranya anda memerlukan rawatan selanjutnya, sila hubungi Dr. KMZ sekarang!
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #acl #kecederaanacl #ligamenanteriorcruciate
Related Posts
February 29, 2024
February 22, 2024
February 22, 2024