“Jika sejarah kecederaan ACL lebih daripada 20-30 tahun yang lalu… (kini kesakitan berulang) Bolehkah pembedahan Arthroscopic ACL dilakukan?”

Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan apabila lutut sakit. 

Masalah utama dengan kecederaan ACL yang kronik adalah ketidakstabilan dan kelonggaran lutut semasa bersukan. 

Ketidakstabilan kronik boleh menyebabkan arhtritis sekunder yang disebabkan oleh kekurangan penstabil lutut, dan biasanya ini adalah penyebab kesakitan. Kerosakan pada rawan tulang di peringkat awal adalah juga punca sakitnya lutut kelak.

Di usia muda, apabila otot paha kuat dan dinamik, kesakitan mungkin tidak dirasai. 

Apabila jisim otot dan kawalan berkurangan disebabkan usia meningkat dan kurang aktif, kesakitan boleh muncul semula.

Jika itu senarionya, menangani kesakitan arthritis melalui pelbagai intervensi, pada masa yang sama memulakan protokol pengukuhan lutut dan latihan imbangan dan persepsi rangsangan akan membantu.

Doktor perlu tangani jangkaan pesakit: Berapa banyak gejala yang mengganggu kerja harian seseorang? Apakah yang diharapkan oleh pesakit pada ketika ini? Adakah pesakit ingin kembali melibatkan diri dalam sukan? Atau adakah pesakit gembira dapat melaksanakan sebarang aktiviti tanpa masalah?

Balik kepada soalan, kecederaan ACL lebih daripada 20-30 tahun yang lalu… (kini kesakitan berulang) Bolehkah pembedahan Arthroscopic ACL dilakukan?”

Pembedahan ACL bukannya tanpa risiko dan jikalau masalah utama pesakit adalah ketidakstabilan lutut, pembedahan boleh dipertimbangkan. Rawatan membersihkan rawan yang rosak boleh dilakukan serentak. 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengenali apa yang menyebabkan kesakitan dan adakah pembedahan itu akan memberi manfaat kepada pesakit.
Layari laman web KMZ ORTHOMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut: https://kmzorthoman.com/

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #testimonials #patellaoperation