Dr yang dihormati. “Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanan semasa bermain bola sepak petang tadi. Dia menanggung sakit dan bengkak pada buku lali. Tidak mampu menampung berat badan. Secara klinikal berjalan menggunakan tongkat. buku lali bahagian medial malleolus dan – lateral malleolus pergelangan kaki lebam, pergerakan terhad – eversi. X-ray tiada sebarang kepatahan di medial atau lateral malleolus. Sila beri nasihat. Terima kasih”
Buat masa ini, apabila bengkak berkurangan, barulah pemeriksaan klinikal boleh dijalankan dan lebih bermakna berbanding semuanya nampak positif ketika ini.
Dengan pemeriksaan yang dijalankan,, secara kasar kita dapat mengetahui jika satu bahagian atau kedua-dua sisi ligamen terjejas. Sementara menunggu untuk pemeriksaan MRI, latihan pengukuhan buku lali boleh dilakukan untuk meningkatkan kestabilan.
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #cederapergelangankaki #bukulali #ATFLtear #Deltoidligtear #anklelari #ankleinstability