Cervical Spondylotic Myelopathy (CSM). Apakah itu?

✔️Sudip dan sudu yang dipegang sering terjatuh?

✔️Adakalanya tangan menjadi lenguh dan kebas?

✔️Hilang keseimbangan dan kerap terjatuh semasa berjalan kaki?

Kenapa ini berlaku?

Anda mungkin mengalami kondisi yang dikenali sebagai Cervical Spondylotic Myelopathy atau CSM.

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan pada saraf tunjang di bahagian tengkuk dan kerap berlaku apabila usia anda semakin meningkat.

Pesakit yang mengalami masalah ini biasanya mengadu kekuatan tangan berkurangan terutamanya pada genggaman jari.

Adakalanya ia bermula dengan ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian tengkuk, bahu dan tangan.

Jika tekanan pada saraf tunjang adalah serius, ia boleh menyebabkan tangan menjadi lemah dan kebas.

Doktor ortopedik biasanya akan dapat mengetahui lokasi tekanan ini daripada pemeriksaan awal.

Ini kerana setiap satu daripada 8 saraf Cervical kita membekalkan kawasan dan sendi yang spesifik. Ia dikenali sebagai dermatomes dan myotomes.

Jika keadaan ini berlanjutan, ia boleh menyebabkan kelemahan pada kedua belah kaki, ketidakstabilan semasa pesakit berjalan (imbalance gait) dan masalah membuang air kecil.

CSM boleh dirawat secara konservatif atau pembedahan bergantung kepada tahap kondisi yang dialami dan keadaan setiap pesakit secara keseluruhan.

Pada peringkat awal, doktor akan menasihati anda supaya berehat dan melakukan modifikasi terhadap cara hidup anda.

Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan.

Anda perlu membetulkan postur duduk, menggunakan komputer dan telefon bimbit bagi mengelakkan masalah anda ini daripada semakin melarat.

Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba dan ultrasound boleh membantu bagi sesetengah pesakit.

Teknik ini boleh mengurangkan kekejangan pada otot tengkuk seterusnya mengurangkan kesakitan.

Namun, jika MRI menunjukkan tekanan saraf yang serius, atau simptom pesakit adalah amat teruk, pembedahan mungkin perlu dipertimbangkan bagi melegakan tekanan pada saraf tunjang tersebut.

Jika anda atau saudara-mara anda mengalami simptom ini, anda perlu segera berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar ia berlaku dan berbincang mengenai rawatan yang perlu dilakukan.

#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #csm #cervicalspondyloticmyelopathy #lemahtangan #ketidakstabilanjalan #unsteadygait