Ankylosing Spondylitis. Apakah itu?
Ankylosing Spondylitis atau SA adalah sejenis arhrtitis yang menyebabkan keradangan tulang belakang yang akan menyebabkan gabungan tulang apabila menjadi kronik.
Gabungan tulang belakang ini akan mengakibatkan postur badan membongkok dan menjadi tegar.
Bahagian yang kerap sakit adalah tulang belakang,pinggul, dada dan leher. Pesakit juga boleh mengalami gejala lain seperti kesukaran bernafas, cirit birit, ruam dan masalah penglihatan.
Penyakit AS lebih kerap terjadi pada kaum lelaki berbanding kaum wanita dan faktor genetik ada memainkan peranannya.
Adalah sukar untuk mendiagnos penyakit AS, namun, pemeriksaan fizikal, sejarah keluarga, ujian darah dan pengimbasan imej boleh membantu mencapai kesimpulannya.
Tiada rawatan mujarab yang boleh menghilangkan penyakit ini dan pesakit perlu mengetahui rawatan hanyalah untuk mengelakkan komplikasi jangka masa panjang.
Senaman amat penting untuk melambatkan perkembangan penyakit ini. Jikalau pesakit kurang aktif, sendi dan tulang belakang boleh kaku dengan awal. Ubat anti-keradangan juga akan membantu pesakit melalui kehidupan yang hampir normal.
Pengetahuan mengenai penyakit Ankylosing Spondylitis amat penting dengan rawatan awal mengelakkan komplikasi. Manipulasi tulang oleh kiropraktor boleh membawa kemudaratan.
“Movement is Life”
#drkamarulzaman #drkmz #kmzorthoman #kmzsportsclinic #orthopaedicclinic #doktorpakarsukan #doktorpakarortopedik #doktorpakartulang #pakarperundingortopedik #cyberlynxinternationalcollege #merawatatletcedera #pengalamanperibadikepakaranglobal #atletmalaysia #peminatsukanmalaysia #Stiffback #HLA-B27 #Fisioterapi #chiropractor #Kiropraktor #manipulasitulang #Ankylosingspondylitis #AS